Penentuan jantina Jantan

Jantina bagi sesuatu organisma dapat ditentukan melalui berbagai-bagai faktor genetik atau persekitaran. Walaupun kebanyakan spesies mempunyai kedua-dua jantina, terdapatnya juga haiwan hermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan serta betina.

Penentuan genetik

Kebanyakan mamalia, termasuknya manusia, boleh ditentukan melalui sistem penentuan jantina XY yang mentakrifkan kromosom seks XY untuk jantan dan XX untuk betina. Sewaktu pembiakan, jantan boleh menyampaikan sperma X ataupun sperma Y, sedangkan betina hanya dapat menyampaikan telur X. Sperma Y dan telur X akan menghasilkan jantan, sedangkan sperma X dan telur Y akan menghasilkan betina.

Dalam sistem penentuan jantina WZ, jantan yang mempunyai kromosom seks ZZ (berbanding betina yang mempunyai WZ) boleh didapati di burung serta di sesetengah serangga dan organisma yang lain. Ahli-ahli himenoptera, seperti semut dan lebah, merupakan spesies haplodiploid. Dalam spesies ini, kebanyakan daripada jantannya adalah haploid, sedangkan betina dan sesetengah jantan yang mandul adalah diploid.

Penentuan persekitaran

Dalam sesetengah spesies reptilia, termasuknya aligator, jantina ditentukan oleh suhu telurnya yang dieram. Spesies yang lain, umpamanya sesetengah siput, mengamalkan pertukaran jantina: dewasanya bermula sebagai jantan, dan kemudiannya menjadi betina. Untuk clown fish, sejenis ikan tropika, ikan yang dominan di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi betina, sedangkan yang lain kekal menjadi jantan.

Bagi beberapa artropod, jantina ditentukan melalui jangkitan. Bakteria daripada genus Wolbachia dapat menggantikan jantina mereka; beberapa spesies artropod terdiri daripada jantan pada keseluruhannya, dengan wujudnya betina ditentukan oleh kehadiran Wolbachia.